Skip to main content

Cara kuruskan perut yang buncit selepas bersalin supaya perut kempis slim macam masa zaman anak dara

Macamana nak kuruskan perut buncit ni? Biasanya selepas bersalin anak pertama perut masih boleh kempis semula sebiji macam anak dara tapi bila dah masuk bersalin anak kedua atau ketiga, perut mula buncit. Bukan setakat buncit sahaja, malah mula menggeleber pula tu! Dah macam mengandung anak keempat padahal masih dalam pantang 100 hari. Hmmmm.. Kalau nak tahu cara paling mudah nak kuruskan perut yang buncit terutamanya selepas bersalin, teruskan baca artikel ni sampai habis. Pendek aje..tak sampai 5 minit dah khatam.

cara kuruskan perut buncit selepas bersalin
Oh perutku sangat buncit!
Walaupun ia adalah normal untuk perut kelihatan agak buncit beberapa minggu dalam pantang, kalau tak pergi berurut, tak jaga makan masa dalam pantang, tak jaga diri (badan) masa dalam pantang maksudnya belum habis pantang dah meronggeng sana kemari memang confirm perut buncit datang dan badan boleh tua sebelum tiba masanya.

Tips kempiskan perut buncit.

Kalau betul anda ingin kempiskan perut yang mula membuncit dan menggeleber, begini caranya. Oh ya, semua tips ini hanya sesuai untuk diaplikasikan kepada ibu-ibu yang bersalin normal. Ceaser cuma beberapa sahaja yang boleh.

1. Berurut.
Sewaktu dalam pantang, pergi minta suami carikan tukang urut untuk 2 sesi berurut. Sesi yang pertama urut satu badan dalam tempoh 7 hari selepas bersalin. Sesi yang kedua urut yang sama juga tapi selepas 40 hari atau 44 hari (habis tempoh pantang) bersalin.

2. Jaga makan semasa dalam pantang.
Memang agak leceh dan menguji kesabaran macam-macam benda tak boleh makan dalam tempoh berpantang. Tapi hakikatnya itulah petua yang terbaik turun-temurun dari zaman tuk nenek dahulu untuk memastikan badan kembali sihat dan cergas termasuklah mencegah perut buncit. Pastikan Set Berpantang Shaklee dimakan mengikut jadual.

3. Menyusukan bayi
Usahakan untuk susukan bayi selama 6 bulan dan teruskan sampai 2 tahun. Ada orang marah dengar statement ini. Bukan tak nak bagi susu tapi susu badan dah takde macamana nak bagi susu kat baby? Beginilah. Kalau tak ada rezeki nak buat macamana. Selagi ada kudrat, usahakanlah sampai dapat. Bukannya lama sangat pun. 2 tahun ni golden time tahu tak? Lepas tu dah takde peluang lagi. So, embrace yourself. Make sure cukup. Baby hisap susu >> rahim kempis >> perut kempis.

4. Latihan fizikal.
Lakukan senaman abs yang ringkas-ringkas sudah.. Lemak yang terkumpul akan terbakar sekiranya anda melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. Tapi apakan daya.. 5 minit punya senaman pun dah hilang nafas kot! No pain, no gain bak kata orang jawa. Sebelum bersenam tu minum Performance Drink. Barulah tahan sampai 30 minit. Dia bagi sustained energy.

5. Google la sendiri.
Anda terjumpa artikel ni pun dari google kan? so bertuahlah kerana anda terjumpa cara paling win untuk kempiskan perut melendut kat sini.

6. Makan produk kempiskan perut dari Shaklee.
Hantarkan sms <KEMPISKAN PERUT SHAKLEE> ke <016-2223767> untuk mendapatkan tips dan cara yang tepat kalau nak kempiskan perut dengan Shaklee.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767/016-2022416
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...