Skip to main content

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Vitamin

update!

entry ini dipindahkan dari blog lama ke blog rasmi Shaina Shop yang baru!
Kalau ada ayat yang pelik korang buat-buat tak nampak aje lah ye? Thanks!

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera.. Diam tak diam bulan September tahun 2014 yg lalu masuk bulan ke-6 saya berniaga kecil-kecilan selepas resign dan duduk di rumah bersama sepasang putera dan puteri saya. Kiranya sekarang ni saya WAHM (Work At Home Mama) lah! Dah 6 bulan berbisnes ONLINE tapi baru hari ni nak BLOGGING? Sebenarnya dah pernah ada blog tapi memandangkan blog itu (tak malu nak bagi link jugak hehe..) asyik dibiarkan bersawang dan saya pun malas nak edit since Shaklee dah keluarkan P & R baru dalam berbisnes online, makanya saya ambil peluang (Ya, kena selalu positif! Ini peluang, bukan halangan.. Peace!) ini untuk upgrade blog saya kepada www.shaina-shop.com selari dengan berdaftarnya ShAina Shop secara sah dengan SSM pada 6 Ogos 2014 lalu, Alhamdulillah.. 


Work At Home Husband Shaina Shop
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA: workstation saya untuk menjalankan bisnes online ini ;-) terima kasih suami di dalam gambar! 

Saya menjalankan perniagaan menjual suplemen SHAKLEE untuk kesihatan. Saya bermula sebagai pengguna kepada semua produk jualan saya, dan bila mana saya telah berpuas hati, saya kongsikan melalui bisnes online saya ini. Saya mula mengamalkan suplemen Shaklee semasa berpantang anak kedua di mana masa tu saya ada masalah susu drop dan tak sedap badan sebab penat uruskan dua orang anak yang masih kecil. FYI, yang sulung baru 1y2m masa saya deliver anak kedua, so bayangkan la betapa ligatnya dia waktu tu dan masih ligat juga sehingga hari ni hehe..

Itu salah satu sebab mengapa saya ambil suplemen. Ok, mesti ramai yang kata, "Saya tak menyusukan anak, buat apa saya nak ambil suplemen?", "Saya belum kahwin, takde anak lagi pun, buat apa saya nak ambil suplemen?", "Saya sihat, tak sakit apa pun, buat apa saya nak ambil suplemen?" dan macam-macam lagilah. So kalau anda nak tau mengapa perlu anda ambil suplemen, jom baca 7 sebab di bawah & pertimbangkanlah sama ada anda perlukan suplemen ni atau tak.

PERTAMA:
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Dah baca? Nak amalkan suplemen? Jom dapatkan produk Shaklee sekarang juga.. SHAKLEE ADALAH SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN & SENTIASA MESRA ALAM ;-)


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767/016-2022416
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...