Skip to main content

Bagaimana caranya meningkatkan selera makan anak saya?

Jika anak kita hilang selera makan bagi anak-anak yang berusia 2 hingga 6 tahun, perkara ini biasa berlaku.

Tentu sekali ia meninggalkan rasa bimbang dan gusar di hati ibu bapa (ibu lah terutamanya) kerana takut anak kurang nutrisi, atau nanti mereka tidak membesar dengan baik dan sempurna.

Tonton testimoni video mealshake dari pengguna shaklee mealshake


Shaina Shop adalah sebahagian dari iReach; iaitu kumpulan pengedar shaklee profesional di negara ini. Sekiranya anda tercari-cari group shaklee yang terbaik, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan kami dan secara automatik anda akan didaftarkan ke dalam iReach. Mudah kan?

Apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan anak kita kurang selera makan?

1. Apabila anak kita meningkat umurnya, selera mereka turut berubah. Ada makanan yang sangat digemari dan ada juga yang sangat tidak digemarinya.
Penyelesaian: Kita sediakan makanan yang seimbang dengan cara yang menarik untuk anak-anak kita. Contohnya membuat potongan timun berbentuk love, membuat karektor kartun kegemaran dan sebagainya.

2. Apabila anak kita sedang sakit, demam atau yang sama waktu dengannya, selera makan mereka juga akan turut menurun.
Penyelesaian: Kita perlu menyediakan makanan mengikut keperluan anak tersebut.

3. Membina pengalaman waktu makan yang tidak seronok. Misalnya anak-anak sering dipaksa untuk makan.
Penyelesaian: Kita boleh menjadikan waktu makan anak-anak adalah suatu aktiviti yang sangat menggembirakan mereka. Makan bersama-sama mereka, memuji mereka bila mereka dapat mengosongkan pinggan mereka dan jangan sesekali memaksa mereka menghabiskan makanan mereka.

4. Apabila anak kita telah memakan snek di antara waktu makan utama.
Penyelesaian: Kita boleh tetapkan waktu makan anak-anak dan elakkan mereka dari memakan makanan rapu di antara waktu makan yang utama.

5. Apabila anak kita menghadapi masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
Penyelesaian: Kita perlu menjalankan pemeriksaan ringkas mengenai corak pemakanan anak kita dan apa jenis makanan yang diambilnya. Sekiranya berpunca dari makanan yang disediakan di rumah, ubah cara penyediaan dan menu agar ia dapat memenuhi keperluan nutrisi anak. Kita haruslah membawa anak kita berjumpa pakar jika simptom tersebut masih berterusan.

Apa yang sepatutnya kita selaku ibubapa harus lakukan apabila anak-anak kita mengalami hilang selera makan?
1. Ceritakan tentang kebaikan dan kelebihan makanan-makanan yang patut diambilnya.Anak-anak kita suka dengar cerita dongeng, kaitkan dengan makanan.
2. Biar anak kita tentukan bila masanya yang dia berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
3. Sediakan makanan dan snek berkhasiat di rumah. Mengelat sedikit dengan menyimpan makanan jajan untuk memujuk mereka tidak salah tetapi cuba elakkan dengan sedaya upaya.
4. Sediakan minuman yang berkhasiat, rendah kandungan gula serta tinggi nilai nutrisi seperti Yakult.

Apa yang tidak patut dilalukan oleh kita sebagai ibubapa?
1. Jangan berikan makanan rapu kepada anak. Kadang-kadang dalam waktu darurat, dibolehkan tetapi sedikit sahaja.
2. Elakkan dari memberi anak makan snek ‘sambil tunggu nasi masak’ dengan kadar yang banyak. Cukuplah dengan memberi sekeping dua biskut.
3. Jangan ugut anak sekiranya dia tidak mahu makan. Ugut-mengugut itu budaya negatif.
4. Jangan paksa anak dengan memasukkan makanan ke dalam mulutnya secara paksaan. Kasihanilah anak-anak kita kerana mereka itu adalah ahli syurga.

Ibubapa perlu kreatif dalam menarik minat anak untuk makan. Dan juga harus tahu bila perlu mendapatkan nasihat dari pakar apabila anak enggan makan.
1. Apabila anak tidak membuang air kecil melebihi 8 jam
2. Apabila anak kelihatan tidak bermaya dan kurang sihat
3. Apabila keadaan disebut di atas berterusan hingga seminggu
4. Apabila anak enggan minum air masak
5. Apabila naluri ibu berkata “Saya perlukan nasihat seseorang!”

Sekiranya anak kita hilang selera kerana masalah kesihatan – BERJUMPALAH DENGAN PAKAR
Sekiranya anak hilang selera kerana kerana kurang nutrisi, anda boleh membantunya dengan Mealshake DAN sediakan makanan seimbang, elakkan junk food agar anak dapat khasiat makanan yang secukupnya.
Meal Shakes boleh diteruskan sebagai minuman sihat TAPI bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat. Sebagai ibu elakkan dari menjadikan makanan rapu ataupun orang jawa biasa memanggilnya sebagai jajan kepada anak-anak, sediakan buah-buahan sebagai gantinya.


Cara tambah selera anak ialah dengan Meal Shakes dari Shaina Shop
Bancuhkan 1 sudu ke dalam susu setiap hari pada waktu pagi
Credit to: http://vitaminsemulajadi.com/selera-makan-anak-bagaimana-nak-meningkatkannya/

Jangan lepaskan peluang ini. Fast action, fast result.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767/016-2022416
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...