PANDUAN MENGATASI MASALAH SAKIT BELAKANG KETIKA MENYUSUKAN ANAK

Wanita biasanya akan mula mengalami masalah sakit belakang seawal mereka hamil lagi. Selepas lebih kurang 2 minggu melahirkan, sakit tersebut akan beransur hilang. Walau bagaimanapun, sakit belakang boleh menyerang kembali apabila anda mula mendukung bayi yang usia dan beratnya semakin meningkat.

Kebanyakan ibu secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakang mereka lebih teruk semasa menyusukan. Contohnya, ibu mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk yang seterusnya memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh. Antara langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah sakit belakang ketika menyusukan anak ialah:

Berhati-hati dengan posisi tubuh

° Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
° Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila anda menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, pastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat meletakkan tangan dan gunakan bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.

Postur yang betul semasa menyusukan bayi

° Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza. Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.

Pelbagai posisi penyusuan

° Sentiasa membengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang. Biarkan orang lain mengangkat objek berat terutamanya jika anda bersalin secara caesarean. Anda tidak sepatutnya mengangkat objek lebih berat daripada bayi untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 8 minggu.

Postur yang betul semasa mengangkat bayi

Mulakan program senaman secara beransur-ansur

° Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan kepada sendi.
° Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
° Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.

Mengamalkan Ostematrix (Kalsium) Shaklee bagi mengurangkan dan mengatasi masalah sakit belakang ketika menyusukan anak


Klik SINI untuk info dan testimoni.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment