TIPS PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bagi lelaki, rambut merupakan sebahagian daripada penampilan mereka. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya yang tepat akan meningkatkan keyakinan serta nilai ketampanan seseorang jejaka. Dalam entri ini dikongsikan beberapa tips penjagaan rambut buat si kaum Adam.

Lelaki berambut panjang:
° Jangan ikat rambut ketika basah.
° Mengikat rambut semasa basah akan menyebabkan rambut terperap dan bakteria mudah melekat, seterusnya akan membentuk kelumumur.


Semasa rambut basah:
° Sebaiknya, keringkan terlebih dahulu rambut sebelum menyikatnya.
° Ini kerana, rambut semasa basah adalah sangat sensitif.


Pemilihan syampu:
° Gunakan syampu yang khusus untuk merawat kulit kepala kerana sel-sel rambut adalah berbeza mengikut jantina.
° Banyak syampu di pasaran sudah dirumus khas untuk pelbagai masalah rambut. Oleh itu, jika mempunyai masalah kelumumur, pilihlah syampu yang memang khas untuk merawat masalah tersebut.


Jangan cabut rambut:
° Jangan sesekali mencabut rambut di bahagian depan.
° Ada segelintir lelaki yang mempunyai rambut jarang di bahagian depan kepala kerana tabiat suka menarik rambut di bahagian itu. Akibatnya, rambut tidak tumbuh lalu menyebabkan kebotakan.


Lelaki yang gemar makanan ringan:
° Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia. Sebaiknya, amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita sedia maklum, bahan kimia akan memberikan kesan buruk pada tubuh, kesihatan rambut khususnya. Antara kesan sampingannya ialah keguguran rambut.
° Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik dan biologi serta kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut.


Anda lelaki yang mementingkan soal penampilan dan kesihatan rambut? Anda lelaki yang mempunyai masalah rambut gugur dan berkelumumur? Mahukan produk yang bebas bahan kimia seperti SLS dan SLES yang biasa terdapat di dalam produk jenama lain di pasaran? Shaklee menawarkan Set Penjagaan Rambut Shaklee Prosante yang berkesan mengatasi sebarang masalah rambut anda seawal 30 hari.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment