Sembelit bukan sekadar masalah kecil.
Ia adalah gangguan penghadaman yang boleh menjejaskan kualiti hidup.
Definisi sembelit ialah kesukaran buang air besar, najis keras, atau kekerapan buang air besar kurang dari tiga kali seminggu.
Bagi sesetengah orang, sembelit datang sekali-sekala.
Namun, ada juga yang mengalaminya secara kronik hingga memerlukan rawatan perubatan.
Gejalanya termasuk rasa tidak puas selepas buang air besar, sakit di bahagian perut, dan rasa kembung yang berterusan.
Sembelit boleh berlaku pada semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.
Punca asasnya seringkali berpunca daripada gaya hidup, termasuk kurang minum air, kekurangan serat dalam diet, atau kurang aktif secara fizikal.
Namun, ada juga kes sembelit yang disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu seperti hipotiroidisme atau kesan sampingan ubat.
Jika dibiarkan, sembelit boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti buasir atau fisur anus.
Sebenarnya, kenapa usus kita boleh "perlahan"?
Tunggu entri petang ini untuk penjelasan lebih mendalam tentang punca-punca sembelit dan bagaimana ia boleh mempengaruhi sistem tubuh kita.
#Sembelit
#MasalahPenghadaman
#PerutSihat
#InfoKesihatan
#GayaHidupSihat
Comments
Post a Comment