ULSER MULUT: JANGAN AMBIL RINGAN! CEGAH SEBELUM PARAH DENGAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE

Ulser mulut adalah penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam tempoh masa yang singkat. Ulser mulut adalah penyakit tidak berjangkit namun jika dibiarkan berlarutan, ia mungkin merupakan petanda kepada sesuatu penyakit lain. Oleh itu, mengenal pasti punca terjadinya ulser mulut adalah penting supaya anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

APA ITU ULSER MULUT?

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ulser mulut ini bukan sekadar terjadi di bahagian bibir sahaja, malahan boleh juga terdapat di bahagian tepi bibirm bawah lidah dan tepi lidah.

Ulser mulut: jangan ambil ringan!

Tanda-tanda ulser mulut:
° Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan ia selalunya dikelilingi persekitaran yang agak merah.
° Ulser mulut ini kebiasaannya bersaiz tidak melebihi daripada 2 atau 3mm besarnya.
° Sakit pada bahagian tersebut terutamanya apabila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
° Demam dan hilang selera makan.
° Rasa sakit di dalam mulut.

Kesan daripada ulser mulut:
° Anda akan berasa sakit ketika mahu bercakap, senyum, ketawa, berus gigi, berkumur, makan dan minum.
° Kesakitan daripada ulser mulut akan membuatkan anda hilang selera makan dan minum.
° Ulser akan menyebabkan dehidrasi di mana tubuh badan akan kekurangan air dan anda akan berasa haus.
° Anda juga akan berasa sakit pada bahagian tekak.
° Bibir anda akan menjadi kering, merekah dan luka.

BAGAIMANA ULSER MULUT BOLEH BERLAKU?

° Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, minum air yang terlalu panas dan sebagainya.
° Jangkitan (infeksi).
° Kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
° Kurang rehat atau tidur.
° Tekanan perasaan (stress).
° Alahan kepada sesuatu makanan.
° Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan mulut menjadi kering.
° Keadaan mulut yang kotor.

BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT ULSER MULUT?

Dari segi penjagaan mulut:
° Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
° Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak daripada tersentuh ulser secara kasar dan menyebabkan pendarahan.
° Berkumur dengan cecair pencuci mulut yang khas jika memberus gigi menyakitkan.
° Meletakkan sedikit ais di tempat ulser terjadi untuk melegakan kesakitan yang dialami.

Dari segi pemakanan:
° Banyakkan minum air kosong dan elak minuman panas dan masam.
° Elak makan makanan yang panas, pedas, masam, masin atau keras yang boleh melambatkan proses penyembuhan.
° Ketika mengalami ulser, makanan yang lembut seperti bubur nasi dapat membantu anda untuk menikmati makanan dengan lebih mudah.
° Untuk meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayuran hijau dan buah-buahan. Dapatkan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee untuk bekalan vitamin C semulajadi sepanjang hari.

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee
Harga runcit: RM92.50

TESTIMONI SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE MENYEMBUHKAN ULSER MULUT

Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee menyembuhkan ulser


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment