9 MAKANAN SEMULAJADI TAMBAH SUSU IBU

Pemakanan ibu juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Lain orang lain milk boosternya. Di dalam entri ini, saya senaraikan 9 makanan semulajadi yang biasa menjadi milk booster dan menambah susu ibu.

9 makanan semulajadi tambah susu ibu

DAUN ALFALFA

Alfalfa ialah milk booster (makanan penambah susu) yang telah digunakan sejak turun-temurun di Amerika Selatan. Ia adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil. Di negara-negara pengeluar susu lembu terkemuka di dunia seperti New Zealand, lembu-lembu diberi makan alfalfa untuk mempercepatkan penghasilan susu lembu.
(Di Shaklee kami ada Alfalfa Complex untuk sumber alfalfa semulajadi)

HALBA ATAU FENUGREEK

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu-ibu di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil. Namun jika anda mengambil halba jangan terkejut jika bau badan, peluh serta air kencing anda berbau pelik.

JINTAN

Jintan juga sama dengan halba, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja.

KURMA

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerlukan ekstra kalori.

SUSU

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protein, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
(Di Shaklee kami ada ESP (Protein) dan OsteMatrix untuk sumber kalsium semulajadi)

KEJU

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa penuh saja kilang susunya.

TEMPE

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.
(Di Shaklee kami ada ESP (Protein) untuk sumber soya semulajadi)

SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
(Di Shaklee kami ada B-Complex untuk sumber vitamin B semulajadi)

LOBAK PUTIH

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
(Di Shaklee kami ada Sustained Release Vita-C Plus untuk sumber vitamin C semulajadi)

Namun, bukan kesemua 9 makanan ini mudah didapati. Sekiranya ibu-ibu menagalami kesukaran untuk mendapatkan makanan semulajadi daripada sumber berkualiti, anda bolehlah mendapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee sebagai alternatif untuk mendapatkan nutrisi harian yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment