PERLUKAH SUPLEMEN/VITAMIN/MAKANAN TAMBAHAN DALAM PENYUSUAN?

APAKAH  ITU SUPLEMEN/VITAMIN/MAKANAN TAMBAHAN?

Sebenarnya ketiga-tiga suplemen/vitamin/makanan tambahan mempunyai maksud yang sama. Sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai makanan, manakala di kawasan lain, mereka adalah ditakrifkan sebagai dadah atau produk kesihatan semula jadi. Suplemen adalah tambahan kepada diet kita sehari-harian. Ia membekalkan nutrien seperti mineral, serat, asid lemak dan pelbagai jenis lagi yang mungkin hilang atau tidak boleh didapati dalam kuantiti yang secukupnya dalam diet seseorang.

Tahukah anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap anda hendaklah makan mengikut kuantiti yang disarankan oleh Piramid Makanan ini.

Piramid Makanan

KENAPA SUPLEMEN/VITAMIN/MAKANAN TAMBAHAN PENTING?

Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan. Semua orang digalakkan mengambil suplemen .Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Suplemen juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama- kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan suplemen. Pengambilan suplemen akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

Walau bagaimanapun, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan. Apatah lagi sekiranya anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini:

° Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja lebih masa. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan atau stress. Mungkin pengambilan vitamin B-Komplek, E dan C boleh membantu.

° Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

° Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

° Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

° Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak subur.Penggunaan racun perosak dan bahan pencemar lain yang mempengaruhi kualiti buah dah sayur.

° Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

° Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alkohol, minuman keras dan antibiotik mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

° Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

° Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

JENIS-JENIS SUPLEMEN/VITAMIN/MAKANAN TAMBAHAN

Jenis-jenis suplemen/vitamin/makanan tambahan

MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN SUPLEMEN/VITAMIN/MAKANAN TAMBAHAN

Makanan yang boleh menggantikan suplemen/vitamin/makanan tambahan

° Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
° Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
° Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
° Nanas - vitamin A, B, dan C.
° Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
° Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
° Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
° Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
° Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
° Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa suplemen bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Suplemen diambil demi memastikan tubuh ibu kekal sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Adakah anda mencari suplemen untuk membantu penyusuan? Set Ibu Menyusu Shaklee mungkin dapat membantu.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment